29 October, 2010

Tugas Pertama ku pada Semester Jun - Nov 2010

fuhhh.. lega.. baru abis invigilate kat Laman Siswa.. Jadi Ketua Pengawas lak tu arini.. dah lame takde keje kat opis (4 bulan joli katak...), rase blur2 pun ade gak tetiba handle exam arini.. Alhamdulillah exam td berjalan lancar. start and end exam tepat pada masanye.. tak lewat seminit pun...
got to go.. nak jemput si encem kat umah babysitter. rindunye mama kat fawwaz..

27 October, 2010

Alhamdulillah, Berita Gumbira, Rezeki Bertambah-tambah...

TAWARAN JAWATAN PENSYARAH UiTM (DM45)
BIDANG: KEJURUTERAAN ELEKTRIK - KOMUNIKASI
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan UiTM ke-119 telah membuat keputusan untuk menawarkan jawatan Pensyarah UiTM kepada puan dengan syarat-syarat perkhidmatan, skim perkhidmatan dan jadual gaji matriks seperti yang dilampirkan.

Semalam alhamdulillah dah dapat surat dari Shah Alam untuk permohonan tukar status keje dari DM41 ke DM45. Dulu berstatus Pensyarah Muda dah tukar ke Pensyarah UiTM la plak sb dah dapat master aritu. Alhamdulillah sebab gaji pun dah bertambah-tambah.. hehhehhe...

25 October, 2010

Jalan-jalan ujung minggu..

Ujung minggu tak pernah duk diam kat umah. Last weekend balik Kelantan. This weekend lak kuar jalan2 amek angin Penang. walaupun skangni ade baby, tapi jalan tetap jalan. acara soping pun tetap diteruskan. fawwaz sporting time kuar. maybe sebab dr dalam perut mama lagi asyik bawak fawwaz jalan. dah training siap-siap..


sebelum soping, makan la dulu. org kata kalau kenyang perut, pasti suke hati untuk soping dan jalan2.. hehehehehe.. kami layan briani tanduri kat Kapitan Gurney.. fawwaz duk diam dalam carrier dia tu dengan dahi tertampal cool fever. tak demam tapi kepala dia panas sket pagi tu, so letak cool fever siap2 untuk keselesaan.

with ensem mama..
mase utk jalan2 kat Gurney Plaza..

benti makan lagi kat hot n roll.. sgt suke crispy pizza kat sini.. mkn lagi.. mane tak gemok..


Fawwaz mmg tdo awal setiap malam so sebelum magrib kami dah kene sampai umah. Alhamdulillah balik umah pun fawwaz tak meragam. dia Tdo dengan nyenyak nye malam tu...

11 October, 2010

my Fawwaz...

Arini Fawwaz dah 2 months and 3 weeks. dah bertambah bam bam. Dah pandai gelak mengekek-ngekek.. Skangni fawwaz dah mula suka main. Dah mula tertarik pada colourful object. Bile dia tgk moving or colourful toys or object, mula dia excited. Kaki dan tangan sume naik. Active sangat. Pas main, mula lapar mintak susu.




Satu lagi feveret dia ialah explore his body. suke tengok tangan dia.. suke main-main ngan tangan and then mula masuk his fingers into his tiny mouth. tapi fawwaz suke tangan kiri compare tangan kanan dia. Ermmm.. kidal ke anak mama ni...

05 October, 2010

Cerita Raya Lagi...

Sambung lagi cerita raye aritu..

raye ke 3 kami sambung beraye kat Kota Bharu lak.. Raye ke 4 lak hari bergelak ketawa bersama kawan2 Zainabian. Hari tu ade 2 undangan iaitu kenduri Nas dan Aqiqah anak Dayang, QQL.

Destinasi pertama : Wedding Nas

Selamat Pengantin Baru Nas and husband.. moga bahagia hingga ke akhir hayat.. Cepat2 dapat baby cam kami tau.. syok sgt...

sesi bergambar ngan kawan2 lak.. sume pantang dan fobia tgk kamera, musti nak menempel..


Bergambar bersama Panting Baru, Nas..

aksi bebas..

sonok layan photographer tu.. posing byk2, borak dan di ikuti dengan gelak yang melampau sampai masing2 lupe husband and anak2.. rase cam di alam sekolah menengah yang gila2 tu balik.. Nasib baik aku dapat husband yang sporting, biar kan aku lupa diri seketika bersama kwn2..

di kala aku bergila2 ngan kawan2, ehsan jaga fawwaz dan cuba menenangkan si anak...

Destinasi kedua: Aqiqah QQL

Acara ke 2 ialah konvoi beramai2 ke rumah dayang, sempena aqiqah QQL.

Ini ialah Dayang Dayana Awang Omar. tuan punya majlis. dah lame tak jupe si dayang ni since abis form 5. dalam kelas dulu dayang duk belakang aku. skangni dayangni duk obersea, kawen dengan mat saleh London and got tembam + cute boy, QQL..


seperti biasa fawwaz akan tido bila bertandang ke rumah orang. Perangai baik encem mama ni membolehkan mama menyembang sedasyat dasyat nye.

sebelum balik , acara wajib ialah bergambar beramai2 bersama kwn2. masa balik tu baru rase diri kepenatan sebab menggunakan sepenuh hati anggota mulut dan pipi setelah beberapa jam bersama kawan2. walaupun penat tapi sgt sonok.. Fawwaz pun sonok dapat kumpul lagi duit raye dari aunty-aunty kaya zainabian.. mekacih kwn2..

04 October, 2010

Aidilfitri 2010

Aidilfitri tahun ni kami bertiga beraye kat Terengganu pada raye pertama smpai ke 3, then balik sambung raye kat Kota Bharu lak. This year tahun pertama kami beraye with our beloved son. Alhamdulillah hasrat tahun ni untuk beraye dengan kehadiran anak termakbul. Thanks to Allah. Syukur sgt2..
Masih tak terlambat lagi rasenye nak upload gmbar2 raye aritu..

first day raye.. bergambar beramai2 dengan keluarga husband at t'ganu with brown theme.

one big family.. with sedara mara..

Aidilfitri with our beloved son. Fawwaz waktu ni berusia 58 hari.. nak bagi pakai baju melayu kesian sgt sebab still kecik lagi. uncomfortable for him.

happy faces with Emir Fawwaz..


2nd day raye.. theme papa and fawwaz is orange color, mama pink. raye ke2 duk umah layan tetamu yg tak benti2 datang.

sonok sgt beraye kali ni, fawwaz gud, tak banyak ragam. asyik tido jer bile kat umah org.. oyer, lagi tambah sonok fawwaz dapat banyak duit raye.. hehhehhe..